Yeremia 21:8-9 (AVB) Kemudian kepada bangsa ini katakanlah, ‘Beginilah firman TUHAN: Sesungguhnya, Aku menghadapkan kepadamu jalan kehidupan dan jalan kematian. Sesiapa yang tetap tinggal di dalam kota ini akan mati oleh pedang, bencana kebuluran, serta wabak penyakit. Tetapi siapa keluar dan menyerahkan diri kepada orang Kasdim yang mengepung kamu, dia akan tetap hidup. Nyawanya akan seperti barang jarahan bagi dirinya sendiri. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Jalan kehidupan dan jalan kematian" Ketika kota Yerusalem dikepung oleh Nebukadnezar raja orang Kasdim nabi Yeremia menyeruh rakyat supaya keluar menyerah diri atau tetap berada dalam kota tetapi akan mati oleh wabak dan pedang, kerana TUHAN sendiri melawan mereka. Tuhan Yesus jalan kebenaran dan hidup (Yohanes 14:6), siapa yang mengikut Dia akan mendapat hidup yang kekal. Mari kita belajar untuk memilih jalan kehidupan dan jalan kematian kita tolak kerana kita ikut Tuhan Yesus. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 19.3.2024.

Comments

Popular Posts