Yeremia 28:15-17 (AVB) Kemudian Nabi Yeremia berkata kepada Nabi Hananya, “Dengarlah, wahai Hananya! TUHAN tidak mengutus engkau, tetapi engkau telah membuat rakyat ini mempercayai dusta. Oleh sebab itu beginilah firman TUHAN, ‘Sesungguhnya, Aku akan mengusir engkau dari muka bumi. Pada tahun ini juga engkau akan mati, kerana engkau mengajarkan pembelotan terhadap TUHAN.’” Maka matilah Nabi Hananya pada tahun itu juga pada bulan ketujuh. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "TUHAN tidak mengutus engkau" Ada seorang nabi bernama Hananya bernubuat dalam masa dua tahun orang buangan dan kelengkapan Bait TUHAN akan dikembalikan oleh TUHAN. Tetapi TUHAN tidak mengutus nabi itu, sebab itu dua bulan kemudian meninggalah dia sesuai nubuatan nabi Yeremia bahawa dia akan mati tahun itu juga. Tuhan Yesus mengutus para hamba melayani satu tempat, kalau benar dia diutus dapat bertahan melayani paling tidak lebih setahun. Mari kita belajar TUHAN tidak mengutus engkau kalau tidak sampai setahun melayani. Salam minggu paskah, paskah memanggil kita taat dalam pelayanan lebih daripada setahun. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 26.3.2024.

Comments

Popular Posts