Yeremia 32:43-44 (AVB) Orang akan membeli ladang lagi di negeri ini, yang kamu katakan, ‘Tempat itu sunyi sepi, tanpa manusia dan haiwan. Tanah itu telah diserahkan ke dalam tangan orang Kasdim.’ Orang akan membeli ladang dengan perak, menandatangani surat pembelian, memateraikannya, dan mendatangkan para saksi di Tanah Benyamin, di tempat-tempat sekeliling Yerusalem, di kota-kota Yehuda, di kota-kota pergunungan, di kota-kota dataran rendah, dan di kota-kota Tanah Negeb, kerana Aku akan memulihkan keadaan mereka, demikianlah firman TUHAN.” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Orang membeli ladang lagi" Salah satu tanda pembagunan yang baik di satu kawasan apabila ada orang membeli tanah atau ladang, TUHAN sendiri menyuruh nabi Yeremia membeli sebidang tanah ladang pada waktu raja Nebukadnezar datang menyerang Yerusalem sebab raja Yehuda memberontak kepada raja Nebukadnezar. TUHAN sedang bercakap bahawa suatu hari nanti keadaan dipulihkan oleh TUHAN akan ada orang membeli tanah ladang di Yehuda. Tuhan Yesus memulihkan keadaan sesuatu tempat dengan memberi dami sejahtera, jual beli tanah berlaku. Mari kita belajar orang akan membeli ladang lagi kerana ada damai sejahtera di tempat kita. Salam paskah, paskah membangun ekonomi. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 30.3.2024.

Comments

Popular Posts