Yeremia 11:12-13 (AVB) Kota-kota Yehuda dan penduduk Yerusalem akan pergi dan berseru kepada tuhan-tuhan yang disembah mereka dengan membakar dupa, tetapi semua itu sama sekali tidak dapat menyelamatkan mereka pada masa kesusahan mereka. Sebanyak jumlah kotamu, demikianlah banyaknya tuhanmu, wahai Yehuda. Sebanyak jalan di Yerusalem, demikianlah banyaknya mazbah yang kamu dirikan bagi berhala kehinaan itu, iaitu mazbah dupa bagi Baal. Kopivosihan dan selamat berhujung minggu, hari ini kita belajar tentang "Banyaknya tuhanmu" Nabi Yeremia menyampaikan teguran TUHAN kepada penduduk Yerusalem, bahawa banyaknya tuhan mereka sebanyak jalan-jalan dan kota-kota mereka. Bermaksud setiap jalan dan kota ada mazbah pemujaan untuk tuhan-tuhan. Rakyat betul-betul sudah rosak. Tuhan Yesus mengajar kita menyembah TUHAN yang esa (Markus 12:29 TB) mengasihi Dia dengan sepenuh hati. Mari kita belajar menyembah TUHAN yang esa supaya tidak banyaknya tuhanmu. Damai sejahtera di hati kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 9.3.2024.

Comments

Popular Posts