Yeremia 23:14 (AVB) Antara nabi Yerusalem Aku melihat hal yang mengerikan: mereka berzina dan hidup dalam kebohongan, mereka menyokong orang yang berbuat jahat, sehingga tiada seorang pun bertaubat daripada kejahatannya. Mereka semua seperti Sodom bagi-Ku, dan penduduknya seperti Gomora.” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Seperti penduduk Sodom dan Gomora" Para nabi di Yerusalem dan Samaria tidak lagi benar di mata TUHAN, di Samaria mereka bernubuat atas nama Baal, di Yerusalem mereka berzina. TUHAN menyamakan mereka seperti penduduk Sodom dan Gomora. Sebab itulah penduduk Yerusalem dan Samaria dihukum TUHAN kerana kejahatan mereka termasuk para nabi. Tuhan Yesus pernah membandingan rakyat pada zaman-Nya lebih jahat daripada penduduk Sodom dan Gomora, sebab mereka tidak mendengar ajaran-Nya (Matius 20:15). Mari kita belajar tidak jahat seperti penduduk Sodom dan Gomora. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 21.3.2024.

Comments

Popular Posts