Yeremia 27:21-22 (AVB) sungguh, beginilah firman TUHAN alam semesta, Allah Israel, mengenai kelengkapan – segala saki-baki alat kelengkapan di Bait TUHAN, di istana raja Yehuda, dan di Yerusalem: ‘Semua itu akan dibawa ke Babel dan akan tinggal di sana sampai hari Aku mendatanginya lagi,’ demikianlah firman TUHAN. ‘Kemudian Aku akan membawa semua itu dan mengembalikannya ke tempat ini.’” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Semua saki-baki kelengkapan Bait TUHAN diangkut ke Babel" Nabi Yeremia menyampaikan pesan TUHAN kepada para pemimpin di Yerusalem dan para utusan dari negara lain, bahawa semua saki-baki kelengkapan Bait TUHAN akan diangkut ke Babel sehingga dikembalikan oleh TUHAN sendiri. Mungkin juga termasuk peti tabut perjanjian tidak pernah dicerita dengan jelas dalam Alkitab pengakhiran tabut itu. Bagi kita kelengkapan Bait TUHAN yang diangkut ke Babel sudah dikembali iaitu Tuhan Yesus sendiri, Dia lebih bernilai berbanding alat kelengkapan itu. Mari kita belajar semua saki-baki alat kelengkapan Bait TUHAN diangkut ke Babel dikembalikan oleh Tuhan Yesus dalam hati kita. Salam minggu paskah, paskah mengembalikkan Tuhan Yesus dalam hati kita. Damai sejahtera di sanubariku. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 25.3.2024.

Comments

Popular Posts