Yeremia 14:14 (AVB) Firman TUHAN kepadaku, “Para nabi itu menyampaikan nubuat dusta atas nama-Ku! Aku tidak mengutus mereka, tidak memerintahkan mereka, dan tidak berfirman kepada mereka. Nubuat yang diberikan mereka kepadamu adalah daripada penglihatan bohong, tenungan kosong, dan tipu daya hati mereka sendiri. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang " Menyampaikan nubuat dusta" TUHAN memberi amaran kepada para nabi yang bernubuat palsu yang mengatakan tiada pedang dan bencana kebuluran akan melanda negeri mereka, sedangkan TUHAN tidak mengutus mereka. Tuhan Yesus datang memberi amaran kapak sudah sedia memotong pokok yang tidak berbuah (Lukas 3:9). Mari kita belajar tidak menyampaikan nubuat dusta bahawa tiada hukuman dari TUHAN walaupun tidak berhenti berbuat jahat, sebaliknya kapak sudah sedia memotong pokok yang jahat. Damai sejahtera di hati kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 12.3.2024.

Comments

Popular Posts