Yeremia 6:13-14 (AVB) “Yang terkecil sampai yang terbesar, semuanya mengejar laba. Baik nabi mahupun imam, semuanya melakukan penipuan. Mereka mengubati luka umat-Ku dengan menganggapnya ringan, kata mereka, ‘Sejahtera, sejahtera!’ Padahal tidak ada kesejahteraan. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Semuanya melakukan penipuan" TUHAN menegur lagi rakyat di Yerusalem khususnya suku Benyamin, bahawa TUHAN akan menghantar pemusnah dari utara untuk menghukum penduduk Sion. Sebab sangat teruk moral penduduknya, nabi dan imam pun melakukan penipuan. Tuhan Yesus juga dihukum mati sebab penipuan yang dibuat oleh para imam. Mari kita belajar supaya tidak seperti penduduk Yerusalem semuanya melakukan penipuan termasuk nabi dan imam. Damai sejahtera di hati kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 4.3.2024.

Comments

Popular Posts