Yeremia 25:2-3 (AVB) Firman itu disampaikan Nabi Yeremia kepada seluruh rakyat Yehuda dan kepada seluruh penduduk Yerusalem, katanya, “Dari tahun ketiga belas zaman pemerintahan Yosia anak Amon, raja Yehuda, sehingga hari ini – jadi, sudah selama dua puluh tiga tahun – firman TUHAN datang kepadaku dan aku terus-menerus menyampaikannya kepadamu, tetapi kamu tidak mahu mendengar. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Dua puluh tiga tahun" TUHAN sudah menegur dan memberi amaran kepada seluruh rakyat Yehuda dan semua penduduk Yerusalem supaya bertaubat daripada melakukan kejahatan, tetapi mereka tidak mahu mendengar, hukuman TUHAN tidak dapat ditanggu atau ditarik lagi sebab mereka tidak mendengar sekian lama. Tuhan Yesus sudah memberi kita teguran melalui para hamba TUHAN setiap minggu dalam kebaktian, teguran seperti jangan mabuk, jangan berzina, jangan sombong, jangan menindas dan sebagainya. Mari kita belajar bertaubat sebab sudah dua puluh tiga tahun malahan lebih daripada itu TUHAN menegur kita. Damai sejahtera di sanubari kita. ๐ŸŽš️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 23.3.2024.

Comments

Popular Posts