Yeremia 15:19 (AVB) Oleh sebab itu beginilah firman TUHAN, “Jika engkau mahu bertaubat, maka Aku akan memulihkan engkau sehingga engkau dapat mengabdikan diri kepada-Ku. Jika engkau mengutarakan apa yang berharga, bukan apa yang hina, maka engkau akan menjadi penyambung lidah bagi-Ku. Orang akan kembali kepadamu, tetapi engkau tidak perlu kembali kepada mereka. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Memulihkan engkau" Nabi Yeremia pernah ditegur oleh TUHAN sebab berhenti bernubuat kepada rakyat, dalam konteks kita berehat melayani. Kalau nabi Yeremia bertaubat iaitu mahu bernubuat lagi TUHAN akan memulihkan dia dan menjadi penyampai firman TUHAN semualah. Tuhan Yesus dalam saat genting pernah memohon kepada Bapa supaya penderitaan tidak berlaku kepada-Nya (Lukas 22:39-46). Mari kita belajar bertaubat supaya TUHAN memulihkan engkau menjadi pelayanan-Nya semula. Damai sejahtera di hati kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 13.3.2024.

Comments

Popular Posts