Yeremia 16:5-6 (AVB) Beginilah firman TUHAN, “Jangan masuk ke rumah yang ada perkabungan, jangan pergi meratap, dan jangan berdukacita kerana mereka, oleh sebab Aku telah menarik damai-Ku daripada bangsa ini,” demikianlah firman TUHAN, “begitu pula kasih abadi dan rahmat-Ku.
Besar ataupun kecil akan mati di negeri ini tanpa dikuburkan. Tidak ada yang akan meratapi mereka, tidak ada yang akan menoreh-noreh diri, dan tidak ada yang akan menggondolkan kepala kerana mereka.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Menarik damai-Ku" TUHAN menegur rakyat akan menarik damai di negeri mereka kerana perbuatan jahat mereka yang menyembah tuhan-tuhan lain dan meninggalkan TUHAN. Tuhan Yesus memberi damai sejahtera kepada manusia (Yohanes 14:27) damai yang sudah hilang kerana manusia meninggalkan TUHAN. Mari kita belajar menyembah TUHAN buanglah semua tuhan-tuhan yang menjadi sembahan kita supaya TUHAN tidak menarik damai-Ku di dalam diri, keluarga , gereja dan negara kita. sejahtera di hati kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 14.3.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment