Yeremia 29:6-7 (AVB) Bernikahlah dan milikilah anak lelaki serta perempuan. Lamarlah isteri bagi anak-anak lelakimu dan carilah suami bagi anak-anak perempuanmu, supaya mereka memiliki anak lelaki serta perempuan. Biarlah bertambah ramai jumlahmu di sana, jangan berkurang.
Ikhtiarkanlah kesejahteraan kota tempat Aku membuang kamu. Berdoalah kepada TUHAN untuk kota itu, kerana kesejahteraannya ialah kesejahteraanmu.’
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "bernikalah" TUHAN memberi penghiburan kepada orang buangan di Babel menyuruh mereka bernikah, membina rumah, mengusahakan tanah supaya ada makanan dan berdoa untuk kesejahteraan negeri yang mereka duduki sekarang, kerana masa pembuangan tujuh puluh tahun, ibarat umur gereja PCS (1952-2024). Sempat menjadi kaya raya di Babel. Tuhan Yesus berjanji akan kembali, kita diberi damai sejahtera dalam penantian supaya kita boleh bernikah, berusaha dan mendoakan negeri yang kita tinggal. Mari kita belajar bernikalah sebab masa pembuangan lama lagi. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 27.3.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment