Yeremia 12:16-17 (AVB) Nanti, jika mereka sungguh-sungguh belajar cara hidup umat-Ku sehingga bersumpah demi nama-Ku, ‘Demi TUHAN yang hidup’ – sebagaimana dahulu mereka mengajar umat-Ku untuk bersumpah demi Baal – maka mereka akan dibangunkan di tengah-tengah umat-Ku. Tetapi jika mereka tidak mahu mendengar, maka Aku akan sungguh-sungguh mencabut bangsa yang demikian dan membinasakannya,” demikianlah firman TUHAN. Kopivosihan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Bersumpah demi Baal" Para pemimpin di Yehuda mengajar rakyat bersumpah demi Baal, mereka sudah menganggap Baal berkuasa mengatasi semua kuasa. TUHAN menegur perbuatan itu, kalau pemimpin dan rakyat tidak mendengar TUHAN akan mencabut dan membinasakan mereka. Tuhan Yesus sendiri ditolok oleh rakyat firman yang menjadi manusia itu, mereka masih tidak mendengar teguran TUHAN. Mari kita belajar supaya tidak bersumpah demi Baal tetapi mengaku kekuasaan TUHAN ke atas hidup kita. Damai sejahtera di hati kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 10.3.2024.

Comments

Popular Posts