Yesaya 40:21-22 (AVB) Tidakkah kamu tahu? Tidakkah kamu dengar? Tidakkah diberitahukan kepadamu sejak mula-mula lagi? Tidakkah kamu mengerti sejak bumi diletakkan dasarnya?
Dialah yang bertakhta di atas bulatan bumi, yang penduduknya seperti belalang. Dialah yang membentangkan langit seperti tirai dan merentangkannya seperti khemah kediaman.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Bulatan bumi" Nabi Yesaya atas ilham Roh TUHAN mengetahui bumi ini bulat, TUHAN yang bertakhta dan berkuasa ke atas bumi. Sedangkan pada abad pencerahan (abad ke 17) manusia baru tahu bumi kita bulat. Pada zaman Tuhan Yesus masyarakat di Timur Tengah berfikir penghujung dunia ialah negara Spanyol sedangkan bumi tidak ada penghujung sebab bulat, sebab itu Paulus berusaha memberitakan Injil di sana untuk memenuhi amanat agung Tuhan Yesus, melalui surat Rom kita tahu Paulus sedang melobi biaya penginjilan ke Spanyol. Mari kita belajar bahawa TUHAN bertakhta pada bulatan bumi, kita tidak akan jauh dari jangkauan-Nya. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 1.2.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment