Yesaya 11:1-2 (AVB) Suatu tunas akan keluar daripada tunggul Isai suatu cabang daripada akarnya akan berbuah. Roh TUHAN akan diam padanya – roh kebijaksanaan dan pengertian, roh nasihat dan keperkasaan, roh pengetahuan dan takut kepada TUHAN – Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "roh kebijaksanaan" Nabi Yesaya bernubuat akan ada tunas dari tunggul Isai yang akan muncul dan salah satu akarnya berbuah. Roh Kebijaksanaan, pengertian, nasihat, keperkasaan, pengetahuan dan takut kepada TUHAN akan berdiam padanya. Kita yakini itulah Tuhan Yesus. Semoga salah satu pemberian Roh itu mendiami kita iaitu Roh Kebijaksanaan. Mari kita memohon kepada TUHAN supaya diberi roh kebijaksanaan. Tahun baharu memerlukan kita memiliki roh kebijaksanaan. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 3.1.2024.

Comments

Popular Posts