Yesaya 19:21 (AVB) TUHAN akan menyatakan diri-Nya kepada orang Mesir, dan orang Mesir akan mengenal TUHAN pada waktu itu. Mereka akan beribadat dengan membawa korban sembelihan dan persembahan. Mereka akan bernazar kepada TUHAN dan membayarnya. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Orang Mesir akan mengenal TUHAN" nabi Yesaya bernubuat kepada Mesir bahawa TUHAN akan menyatakan diri kepada orang Mesir, mereka mengenal TUHAN dan membawa persembahan kepada TUHAN. Mungkin sebab inilah kerajaan Mesir ada sehingga hari ini. Injil Tuhan Yesus sudah bertapak di Mesir seawal abad pertama di kota Alexandria utara Mesir. Tuhan Yesus juga pernah tinggal di Mesir (Matius 2:13-15). Mari kita belajar supaya seperti orang Mesir akan mengenal TUHAN dan membawa persembahan. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 10.1.2024.

Comments

Popular Posts