Yesaya 35:5-6 (AVB) Pada waktu itu mata orang buta akan dicelikkan dan telinga orang tuli akan dibuka.
Pada waktu itu orang tempang akan melompat seperti rusa dan lidah orang bisu akan bersorak-sorai. Sesungguhnya, air akan memancar di belantara dan sungai-sungai di gurun.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Mata orang buta dicelikkan" Nabi Yesaya bernubuat tanda-tanda yang akan dilakukan oleh penyelamat umat mencelikkan mata orang buta, tuli mendengar, orang tempang berlari dan sungai akan mengalir di gurun. Tuhan Yesus telah melakukan itu (Lukas 7:22) Dia ialah penyelamat umat yang dinubuatan oleh nabi Yesaya. Mari kita belajar bahawa di dalam kuasa penyelamatan orang buta akan dicelikkan secara fizikal dan rohani. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 27.1.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment