Yesaya 30:15-16 (AVB) Beginilah firman Tuhan Allah, Yang Maha Suci, Allah Israel, “Dengan bertaubat dan bertenang, kamu akan diselamatkan. Dengan berdiam diri dan percaya, terdapatnya kekuatanmu.” Tetapi kamu tidak mahu!
Sebaliknya, kamu berkata, “Tidak, kami akan lari menaiki kuda.” Oleh sebab itu kamu akan melarikan diri! “Kami akan menunggang kuda yang tangkas.” Oleh sebab itu para pengejarmu pun memang tangkas!
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Bertaubat dan bertenang" TUHAN berfirman kepada orang Israel bertaubat dan bertenang supaya mereka ada kekuatan bukan melarikan diri ke Mesir. Biasanya begitulah reaksi manusia kalau berhadapan dengan kesusahan atau ancaman iaitu melarikan diri. Tuhan Yesus tidak melarikan diri apabila tiba hari paskah, walaupun Dia tahu keputusan majlis agama untuk membunuh-Nya, Dia bertenang dan ada kekuatan. Mari kita belajar bertaubat dan bertenang ketika menghadapi kesusahan. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 22.1.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment