Yesaya 37:36-37 (AVB) Kemudian malaikat TUHAN keluar dan menewaskan 185,000 orang di perkhemahan Asyur. Apabila orang bangun pada pagi esoknya, didapati mayat-mayat belaka! Maka berangkatlah Sanherib, raja Asyur, berjalan pulang, lalu dia tinggal di Niniwe. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang " Berjalan pulang" Kesudahan Sanherib raja Asyur yang mengancam menghancurkan Yerusalem ialah berjalan pulang ke Niniwe dengan malu sebab seramai 185 ribu askarnya dibunuh oleh malaikat TUHAN. Tuhan Yesus boleh saja menyebabkan para pembenci yang mahu menghancurkan kita berjalan pulang dengan malu. Mari kita belajar tidak sombong supaya tidak berjalan pulang dengan malu. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 29.1.2024.

Comments

Popular Posts