Yesaya 33:1 (AVB) Malangnya engkau, wahai pemusnah, yang belum pernah dimusnahkan; dan engkau, wahai pengkhianat, yang belum pernah dikhianati! Setelah engkau selesai memusnahkan, engkau pun akan dimusnahkan; setelah engkau usai berkhianat, engkau pun akan dikhianati.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Pemusnah dimusnahkan dan pengkhianat dikhianati" Nabi Yesaya memberi peringatan kepada rakyat bahawa akan tiba masa pemusnah dimusnahkan dan pengkhianat dikhianati, dalam masyarakat kita dikenali sebagai karma, Tuhan Yesus mengajar supaya lakukan kepada orang lain apa yang kita mahu orang lain lakukan kepada kita (Lukas 6:31). Mari kita belajar bahawa pemusnah dimusnahkan dan pengkhianat dikhianati tiada kebaikan bersama dan diri sendiri. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 25.1.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment