Yesaya 16:13-14 (AVB) Itulah firman yang disampaikan TUHAN tentang Moab pada waktu yang lalu.
Tetapi sekarang TUHAN berfirman demikian, “Dalam waktu tiga tahun, menurut tahun kerja orang upahan, kemuliaan Moab bersertakan seluruh khalayak ramainya akan menjadi kehinaan. Saki-baki orangnya akan tinggal sedikit sahaja dan tidak berdaya.”
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Dalam waktu tiga tahun" nabi Yesaya meneruskan nubuatan kepada Moab, bahawa akan berlaku dalam masa tiga tahun menurut tahun kerja orang upahan, maksudnya akan berlaku dalam masa terdekat hukuman TUHAN akan berlaku kepada Moab kerana kesombongan mereka. Tuhan Yesus ada waktu sendiri untuk bertindak tidak pasti bila tetapi pasti akan tiba, lebih baik bertaubat dari kesombongan. Mari kita belajar bertaubat dari kesombongan dalam waktu tiga tahun mendatang. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 8.1.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment