Yesaya 39:1-2 (AVB) Pada waktu itu, Merodakh-Baladan anak Baladan, raja Babel, mengirim surat serta pemberian kepada Hizkia, kerana dia mendengar bahawa Hizkia sakit dan telah sembuh. Hizkia bergembira atas kedatangan mereka. Diperlihatkannya kepada mereka gedung harta bendanya, perak dan emas, rempah-ratus dan minyak yang berharga, seluruh gedung persenjataannya dan segala sesuatu yang terdapat dalam perbendaharaannya. Tidak ada barang dalam istana dan seluruh daerah kekuasaannya yang tidak diperlihatkan kepada mereka oleh Hizkia. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Hizkia bergembira" Selepas raja Hizkia sembuh dia menerima tetamu dari Babel utusan raja mereka, datang memberi hadiah kerana kesembuhan raja Hizkia. Diperlihatkanlah oleh raja semua harta yang ada di istananya. Begitulah reaksi kegembiran raja terhadap kesembuhan dan para tetamu. Tuhan Yesus pernah diraih sebagai tetamu di rumah ketua pemungut cukai yang bernama Zakheus, Zakheus bertaubat bersama ahli keluarganya (Lukas 19:1-10). Mari kita belajar seperti Hizkia bergembira selepas sembuh dari penyakit. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 31.1.2024.

Comments

Popular Posts