Yesaya 14:12-14 (AVB) Betapa engkau jatuh dari langit, wahai Bintang Timur, anak fajar! Engkau ditumbangkan ke bumi, wahai penakluk bangsa-bangsa!
Engkau tadinya berkata dalam hatimu, ‘Aku hendak naik ke langit. Aku hendak meninggikan takhtaku mengatasi bintang-bintang Allah. Aku hendak duduk di gunung pertemuan, di hujung sebelah utara.
Aku hendak naik mengatasi ketinggian awan-awan. Aku hendak menyamai Yang Maha Tinggi!’
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Bintang Timur" Nabi Yesaya bernubuat tentang Babel kali ini kata kiasan Bintang Timur merujuk Babel dan selalu juga untuk si Lusifer malaikat yang mahu menyamai TUHAN. Akhirnya dia jatuh. Kisah kesombongan paling epik. Tuhan Yesus mengingatkan kita supaya jangan sombong atau mahu meninggikan diri. Mari kita belajar supaya tidak mengikut jejak Bintang Timur. Tahun baharu memerlukan kita tidak sombong. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 6.1.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment