Yesaya 20:4 (AVB) demikianlah raja Asyur akan mengepalai orang Mesir sebagai tawanan dan orang Kush sebagai orang buangan, baik muda mahupun tua, dengan telanjang, tidak berkasut, dan dengan buntutnya kelihatan – suatu aib bagi Mesir.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Telanjang dan tidak berkasut" nabi Yesaya bernubuat lagi kepada Mesir dan Kush, bahawa mereka juga menjadi orang tawanan raja Asyur. Telanjang dan tidak berkasut ketika ditawan, begitulah Mesir dan Kush dimalukan. Tuhan Yesus mahu kita bertaubat sebab dosa membuat seseorang telanjang dan tidak berkasut di hadapan umum. Mari kita belajar meninggalkan dosa supaya tidak berjalan telanjang dan tidak berkasut. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 12.1.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment