Yesaya 17:13 (AVB) Suku-suku bangsa menderu seperti deru limpahan air, tetapi TUHAN mengherdik mereka sehingga mereka lari jauh-jauh. Mereka diburu seperti sekam yang diterbangkan angin di gunung-gunung, seperti debu yang diterbangkan angin puting beliung. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "seperti sekam" nabi Yesaya bernubuat kepada Asyur, kerajaan yang kuat yang telah memusnahkan suku utara Israel, tetapi mereka akan dikalahkan seperti sekam dan debu di pergunungan yang ditiup angin. Tuhan Yesus boleh mengalahkan kerajaan yang sombong hari ini seperti meniup sekam dan debu. Mari kita belajar bahawa kesombongan hari ini esok seperti sekam dan debu yang ditiup angin hilang tanpa kesan. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 9.1.2024.

Comments

Popular Posts