Yesaya 18:7 (AVB) Pada waktu itu persembahan akan dibawa kepada TUHAN alam semesta – daripada suku bangsa yang tinggi dan licin kulitnya, daripada suku bangsa yang ditakuti di mana-mana, iaitu bangsa amat teguh lagi penakluk, yang negerinya terbahagi oleh sungai-sungai – ke tempat bersemayam nama TUHAN alam semesta, iaitu Gunung Sion. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "bangsa yang tinggi dan licin kulitnya" nabi Yesaya bernubuat kepada bangsa Kush, mereka mendiami tepian sebelah menyebelah laut Merah. Nabi Yesaya mengambarkan mereka sebagai bangsa yang ditakuti, penakluk, perawakan tinggi dan licin kulit. Daripada mereka akan dibawa persembahan kepada TUHAN di Sion, mungkin mereka bertaubat. Tuhan Yesus memanggil semua orang untuk membawa persembahan iaitu diri sendiri (bertaubat) sebagai persembahan kepada-Nya. Mari kita belajar supaya seperti bangsa yang tinggi dan licin kulitnya membawa persembahan kepada TUHAN di Sion. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 10.1.2024.

Comments

Popular Posts