Yesaya 26:20-21 (AVB) Mari bangsaku, masuklah ke dalam bilikmu dan tutuplah pintu di belakangmu. Sembunyikanlah dirimu sesaat lamanya sampai murka berlalu.
Sesungguhnya, TUHAN hendak datang dari kediaman-Nya di syurga untuk menghukum penduduk bumi kerana kesalahannya. Bumi akan memperlihatkan darah yang tertumpah di atasnya, dan tidak akan lagi menutupi mayat orang yang tewas di atasnya.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Masuklah ke dalam bilikmu" Teringat ketika pandemik Covid-19 melanda dunia, ayat inilah yang dipetik oleh orang Kristian untuk menyokong kewajaran "lockdown". Selain pandemik ada juga keperluan kita bersendirian dalam bilik seperti berdoa, menyiapkan tugasan, membaca dan sebagainya. Tuhan Yesus juga selalu diceritakan dalam kitab Injil mengasingkan diri dan bersendirian (Markus 1:35 TB). Mari kita belajar masuklah ke dalam bilikmu untuk berdoa. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 18.1.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment