Yesaya 38:5 (AVB) “Pergilah dan katakanlah kepada Hizkia, ‘Beginilah firman TUHAN, Allah Daud, leluhurmu, “Telah Kudengar doamu dan telah Kulihat air matamu. Sesungguhnya, Aku akan menambahkan umurmu lima belas tahun lagi. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Menambahkan umur" Ketika raja Hizkia jatuh sakit TUHAN berfirman melalui nabi Yesaya bahawa dia akan mati, Hizkia menangis memohon TUHAN menyembuhkan dia, kemudian TUHAN menyembuhkan dan menambahkan umur lima belas tahun lagi. Kita dapat bayangkan betapa gembira raja Hizkia. Tuhan Yesus mungkin sudah berkali-kali menambahkan umur kita tanpa sedar kerana Dia masih ada tugasan yang perlu diselesaikan melalui kita. Mari kita belajar bahawa TUHAN menambahkan umur sebab belas kasihan demi kepentingan khabar baik. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 30.1.2024.

Comments

Popular Posts