Yesaya 32:7-8 (AVB) Penipu itu buruk kelakuannya. Dia merancangkan muslihat untuk menghancurkan orang miskin dengan kata-kata dusta, sekalipun orang melarat itu membela haknya.
Tetapi orang yang mulia merancangkan hal-hal yang mulia dan dia berdiri teguh dalam hal-hal yang mulia itu.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Orang mulia" Nabi Yesaya memberi peringatan kepada rakyat bahawa orang mulia akan merancang perkara yang mulia, tidak seperti si pendusta yang merancang kejahatan untuk menghancur orang miskin. Tuhan Yesus mengajar bahawa hati yang tidak baik akan mengeluarkan perbuatan yang jahat (Lukas 6:45). Mari kita belajar menjadi orang mulia yang akan merancang perkara yang mulia. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 24.1.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment