Yesaya 12:2 (AVB) Sesungguhnya, Allah ialah penyelamatanku. Aku percaya dan tidak gentar, kerana TUHAN Allah sajalah, kekuatanku dan puji-pujianku. Dia telah menjadi penyelamatanku.” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan, hari ini saya berkongsi tentang "TUHAN ialah penyelamatku" Nabi Yesaya bernubuat bahawa mereka yang terselamat itu akan mengucap syukur kepada TUHAN dan mengaku TUHAN penyelamatan mereka. Mungkin kita ada pengalaman terselamat daripada penyakit atau kemalangan sudah tentu kita bersyukur kepada TUHAN. Bagi kita Tuhan Yesus ialah penyelamatan. Mari kita belajar bahawa TUHAN ialah penyelamatku dalam kesusahan. Tahun baharu kita memerlukan penyelamatan. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia. Selamat mengisi PADU yang telah dilancarkan oleh kerajaan pada 2.1.2024.

Comments

Popular Posts