Yesaya 23:15-16 (AVB) Pada waktu itu Tirus akan dilupakan selama tujuh puluh tahun, sepanjang umur seorang raja. Setelah tujuh puluh tahun berlalu, akan terjadilah kepada Tirus seperti dalam nyanyian perempuan sundal ini:
“Ambillah kecapi, kelilingilah kota, wahai perempuan sundal yang dilupakan! Petiklah baik-baik, nyanyikanlah banyak lagu, supaya engkau diingat orang.”
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Dilupakan selama tujuh puluh tahun" Nabi Yesaya bernubuat kepada Tirus kota di tepi laut, kota ini akan dilupakan selama tujuh puluh tahun, kemudian dibangunkan semulah tetapi masih tidak bertaubat. Tuhan Yesus mahu kita bertaubat, selepas diberi masa panjang untuk bertenang. Mari kita belajar supaya bertaubat selepas dilupakan selama tujuh puluh tahun. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 15.1.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment