Yesaya 9:1 (AVB) Meskipun begitu, tidak akan ada lagi kesuraman bagi mereka yang dahulu berada dalam kesusahan. Pada zaman dahulu Dia memandang rendah Tanah Zebulon dan Tanah Naftali, tetapi pada kemudian hari Dia akan memuliakan jalan dekat laut di seberang Sungai Yordan, Galilea, daerah bangsa-bangsa asing.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Galilea daerah bangsa-bangsa asing" Nabi Yesaya bernubuat daerah bahagian utara Israel iaitu Galilea akan dimuliakan TUHAN. Nazaret kampung Tuhan Yesus terletak di sana. Pada zaman nabi Yesaya kawasan utara dipandang rendah oleh suku selatan malahan sehingga zaman Tuhan Yesus, tetapi Tuhan Yesus telah mengenapi nubuatan nabi Yesaya telah mengubah pandang masyarakat terhad daerah Galilea, sebab menjadi latar belakang Injil. Mari kita belajar bahawa Galilea daerah bangsa-bangsa asing sudah berubah wajah sebab ada Tuhan Yesus. Tahun baharu memerlukan kita mengubah daerah, kampung, keluarga dan diri sendiri menjadi lebih baik. Damai sejahtera di hati kita. Happy New Year 2024. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 1.1.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment