Yesaya 6:13 (AVB) Kalau masih tertinggal sepersepuluh daripada mereka, maka mereka itu akan dimusnahkan pula. Tetapi seperti pokok jejawi dan pokok oak yang tertinggal tunggulnya setelah ditebang, demikianlah benih yang suci itu akan menjadi tunggulnya.” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Benih yang suci" Nabi Yesaya mendapat penglihatan dan mendengar TUHAN berfirman bahawa Kota Yerusalem akan runtuh, rumah mereka tidak berpenghuni, tanah tandus dan sunyi sepi. Tetapi akan ada benih yang suci menjadi tunggul memberi kehidupan, TUHAN sedang bercakap tentang Tuhan Yesus. Mari kita belajar seteruk mana pun dialami pasti ada benih yang suci menjadi tunggul kehidupan yang muncul di tahun baharu. Tahun baharu kita memerlukan tunggul kehidupan yang memberi sinar harapan. Damai sejahtera di hati kita. Happy New Year 2024. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 29.12.2023.

Comments

Popular Posts