Pengkhutbah 11:9-10 (AVB) Bersuka rialah, wahai pemuda ketika kamu remaja dan senangkanlah hatimu ketika kamu muda. Turutilah hasrat hatimu dan pandangan matamu, tetapi ketahuilah bahawa segalanya akan diadili Allah. Buang kesedihan daripada hatimu dan singkirkan kejahatan daripada tubuhmu kerana zaman kanak-kanak, zaman muda dan puncak kehidupanmu hanya kesia-siaan. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Buanglah kesedihan dan kejahatan" Pengkhutbah meneruskan khutbah kali ini dia mengatakan bahawa buanglah kesedihan dan kejahatan dalam diri orang muda dan senangkan hati ketika masih muda, kerana semua itu kesian-siaan (singkat). Tuhan Yesus mula melayani pada usia muda ketika tubuh masih sihat dan kuat. Mari kita belajar supaya buanglah kesedihan dan kejahatan dalam diri dan bersenanglah. Krismas memerlukan kita membuang semua kesedihan dan kejahatan supaya tiada yang menghalang bergembira. Damai sejahtera di hati kita. Merry Christmas. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 14.12.2023.

Comments

Popular Posts