Pengkhutbah 12:12-14 (AVB) Tambahan pula, wahai anakku, ingatlah! Tiada akhirnya seberapa banyak pun buku ditulis, dan banyak belajar sekadar memenatkan badan.
Kesimpulannya, sentiasa takut kepada Allah dan patuhilah segala perintah-Nya kerana itu memang kewajipan setiap insan.
Allah akan mengadili setiap perbuatan, termasuk terhadap segala sesuatu yang tersembunyi, sama ada perbuatan itu baik atau jahat.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Sekadar memenatkan badan" Pengkhutbah membuat kesimpulan khutbah dengan mengatakan sebanyak mana pun buku ditulis dan dipelajari sekadar memenatkan badan, takutlah kepada TUHAN sebab mengadili semua yang tersembunyi sama ada baik atau jahat. Tuhan Yesus juga mengajar semua akan diketahui tiada yang tersembunyi (Lukas 8:17). Mari kita belajar bahawa usaha mempelajari banyak perkara sekadar memenatkan badan kalau tanpa kasih. Krismas memerlukan kita bukan sekadar memenatkan badan tetapi ada nilai kekal iaitu Yesus Kristus. Damai sejahtera di hati kita. Merry Christmas. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 15.12.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment