Pengkhutbah 7:29 (AVB) Lihatlah, yang hanya kudapati ialah bahawa Allah menjadikan manusia jujur, tetapi manusia sendiri yang banyak rancangan jahatnya. Kopivosihan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Manusia jujur" Pengkhutbah meneruskan khutbah kali ini dia membuat satu kesimpulan bahawa TUHAN mencipta manusia jujur tetapi manusia sendiri banyak rancangan jahat. Rancangan TUHAN tentang Yesus Kristus sudah diberi tahu ribuan tahun sebelum itu, tiada rancangan jahat tetapi untuk menyelamat manusia. Mari kita belajar bahawa manusia jujur tetapi banyak rancangan jahat. Krismas memerlukan kita tidak ada rancangan jahat. Damai sejahtera di hati kita. Merry Christmas. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 10.12.2023.

Comments

Popular Posts