Amsal 30:9 (AVB) Jangan sampai aku kenyang lalu menyangkal Engkau dan berkata, “Siapakah TUHAN itu?” Jangan sampai aku miskin lalu mencuri dan memfitnah nama Allahku. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Kenyang" Amsal mengingatkan kita bahawa jangan kenyang dan menyangkal TUHAN atau miskin kemudian mencuri. Antara sebab seseorang menyangkal TUHAN kerana mahu kenyang, boleh jadi itu pekerjaan, perniagaan pemilikan dan sebagainya. Tuhan Yesus mengajar kita apalah guna memiliki seluruh bumi tetapi kehilangan nyawa (Matius 16:26 TB). Mari kita belajar kenyang yang tidak menyangkal Tuhan Yesus. Krismas memerlukan kenyang dengan firman TUHAN. Damai sejahtera di hati kita. Merry Christmas. ✝emanuelministry.blogspot.com 2.12.2023.

Comments

Popular Posts