Kidung Agung 2:4-6 (AVB) Dibawanya aku ke rumah perjamuan, dengan cogan cintanya di atasku. Kuatkanlah aku dengan kuih kismis, segarkanlah aku dengan buah epal, kerana asyik asmara melanda aku! Tangan kirinya di bawah kepalaku, dan tangan kanannya memeluk aku. Kopivosihan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Tangan kanannya memeluk" kisah romantik antara mempelai lelaki dan perempuan diteruskan kali ini diajaknya mempelai perempuan ke perjamuan, mungkin khas untuk mempelai perempuan. Mempelai lelaki menjamu dan memeluk mempelai perempuan ketika sedang makan. Tuhan Yesus seolah-olah memeluk gereja dan memberi makanan. Mari kita belajar seperti mempelai lelaki menjamu dan tangannya memeluk mempelai perempuan. Krismas memerlukan kita memeluk erat keluarga masing-masing. Damai sejahtera di hati kita. Merry Christmas. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 17.12.2023.

Comments

Popular Posts