Yesaya 7:10-12, 14 (AVB) TUHAN berfirman lagi kepada Ahas,
“Mintalah suatu tanda daripada TUHAN, Allahmu, entah dari tempat yang terdalam atau dari tempat yang tertinggi di atas.”
Tetapi Ahas berkata, “Aku tidak mahu meminta. Aku tidak mahu menguji TUHAN.”
Oleh sebab itu Tuhan sendiri akan memberikan tanda kepadamu: Sesungguhnya, seorang anak dara akan mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki. Dia akan menamainya Immanuel.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "meminta tanda" Nabi Yesaya diutus oleh TUHAN bertemu raja Ahas yang sedang ketakutan sebab akan diserang oleh raja Aram dan Israel. TUHAN memberi tanda seorang anak dara akan mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki yang dinamakan Immanuel. Mungkin raja Ahas berfikir anak inilah yang akan membebaskan Yerusalem daripada serangan itu. Tetapi itulah tanda kelahiran Tuhan Yesus lebih kurang tujuh ratus tahun kemudian digenapi. Mari kita belajar meminta tanda Immanuel dizinkan TUHAN dalam kesusahan. Tahun baharu memerlukan tanda Immanuel supaya kita tabah mengharunginya. Damai sejahtera di hati kita. Happy New 2024. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 30.12.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment