Yesaya 5:13 (AVB) Oleh sebab itu umat-Ku harus diangkut ke tempat pembuangan, kerana mereka kurang pengertian. Orang yang mulia dalam kalangan mereka kelaparan dan khalayak ramainya merana kehausan. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Diangkut ke tempat pembuangan" Nabi Yesaya bernubuat tentang masa depan penduduk Kota Yerusalem, mereka akan diangkut ke tempat pembuangan sebab kejahatan tidak melakukan keadilan, menerima suap, jaguh minum anggur dan juara mencampurkan minuman keras, sombong, menukar kejahatan menjadi baik, baik menjadi jahat. Tuhan Yesus juga mengajar tentang keadilan dan kesombongan. Mari kita belajar meninggalkan kejahatan supaya tidak diangkut ke tempat pembuangan. Krismas memerlukan kita meninggalkan kejahatan. Damai sejahtera di hati kita. Merry Christmas. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 28.12.2023.

Comments

Popular Posts