Pengkhutbah 5:19-20 (AVB) Setiap orang yang dirahmati Allah kekayaan, harta benda dan kuasa untuk menikmatinya, untuk menerima bahagiannya, dan untuk bersukacita dalam jerih payahnya – itu juga kurnia Allah.
Dia tidak sering memikirkan hari-hari hidupnya kerana Allah membiarkan dia sibuk dengan kesukaan hatinya.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Kesukaan hati" Pengkhutbah meneruskan khutbah dengan mengatakan bahawa TUHAN memberi kurnia kekayaan dan kuasa kepada manusia supaya bersukacita agar manusia tidak tertekan memikirkan kesengsaran hidup kerana sibuk dengan kesukaan hati. Tuhan Yesus dalam masa tiga tahun pelayanan sibuk mengajar itulah kesukaan hati seperti makanan-Nya (Yohanes 4:34). Mari kita belajar bahawa melakukan kesukaan hati sepanjang hidup yang singkat ini. Krismas memerlukan kita melakukan yang termampu kesukaan hati. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 8.12.2023.
Selamat menikmati emadani RM100 pemberian kerajaan.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment