Pengkhutbah 10:20 (AVB) Usah mengutuk raja sekalipun hanya dalam fikiran dan di dalam bilik tidurmu, jangan mengutuk kalangan kaya kerana mungkin burung yang berterbangan kelak mengadu hal itu, dan para pemberi maklumat dapat memanjangkan kata-katamu.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Jangan mengutuk raja" Pengkhutbah meneruskan khutbah kali ini tentang jangan mengutuk raja dan kalangan orang kaya walaupun hanya dalam fikirkan. Di negara kita juga melarang berbuat demikian kepada raja. Tuhan Yesus tidak pernah mengutuk raja, malah memberi perumpamaan bahawa raja ialah TUHAN itu sendiri (Matius 18:21-35 TB). Raja yang kita ada sekarang umpama wakli TUHAN perlu dihormati dan didoakan kesejahteraannya. Mari kita belajar bahawa jangan mengutuk raja. Krismas memerlukan kita tidak mengutuk orang lain. Damai sejahtera di hati kita. Merry Christmas. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 13.12.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment