Kidung Agung 4:8 (AVB) Ayuh, datanglah bersama-samaku dari Lebanon, wahai pengantinku, datanglah bersama-samaku dari Lebanon. Berangkatlah dari puncak Amana, dari puncak Senir dan Hermon, dari sarang-sarang singa, dari pergunungan tempat kegemaran sang harimau bintang. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Ayuh, datanglah bersama-samaku" Kisah romantik antara mempelai perempuan dan lelaki diteruskan kali ini mempelai lelaki mengajak mempelai perempuan turun dari pergunungan Lebanon, mungkin mempelai perempuan itu berasal dari sana, kita dapat bayangankan betapa jelita mempelai perempuan itu, seperti para gadis tanah tinggi di Sabah, putih dan halus kulit mereka. Tuhan Yesus mempunyai beberapa pengikut perempuan tidak dicerita kan kejelitaan mereka tetapi kita dapat bayangankan mereka menjaga penampilan sebab selalu berhadapan dengan rakyat yang mahu mendengar khutbah Tuhan Yesus. Mari kita belajar ayuh, datanglah bersama-sama dengan mempelai lelaki iaitu Tuhan Yesus. Krismas memerlukan kita datang kepada Tuhan Yesus. Damai sejahtera di hati kita. Merry Christmas. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 19.12.2023.

Comments

Popular Posts