Pengkhutbah 8:17 (AVB) nyatalah kepadaku bahawa manusia tidak dapat memahami erti segala perbuatan yang dilakukan Allah di bawah matahari. Betapa kuat ketekunan manusia berpenat lelah pun, dia tidak mampu menyelaminya. Bahkan orang bijaksana yang mendakwa dia mengetahuinya juga tidak dapat menyelaminya. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Tidak mampu menyelami" Pengkhutbah meneruskan khutbah sekali lagi dia membuat satu kesimpulan bahawa walau bagaimana pun penat lelah manusia bekerja, tidak mampu menyelami perbuatan TUHAN di bawah matahari. Kelahiran Tuhan Yesus ke dunia ialah cara TUHAN mengatakan rahsia perbuatan-Nya. Mari kita belajar bahawa manusia tidak mampu menyelami perbuatan TUHAN. Krismas memerlukan kita menyelami erti Kristus lahir ke dunia. Damai sejahtera di hati kita. Merry Christmas. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 11.12.2023.

Comments

Popular Posts