Yesaya 1:13 (AVB) Jangan lagi membawa persembahan yang sia-sia. Dupamu itu keji bagi-Ku, begitu pula perayaan bulan baru, hari Sabat, dan penghimpunan jemaahmu. Aku tidak mahu terus melihat perayaanmu yang bergelumang dengan dosa itu.
Kopivosihan dan selamat beribadah, hari ini saya berkongsi tentang "Perayaanmu bergelumbang dengan dosa" Nabi Yesaya memulakan teguran kepada penduduk Yerusalem mengatakan TUHAN muak perayaan keagamaan rakyat sebab bergelumbang dengan dosa iaitu kejahatan, tiada keadilan, tidak mempeduli anak yatim, para balu dan tidak menegur orang zalim. Teringat kita perumpamaan Tuhan Yesus ketika hari penghakiman, mereka yang tidak berbuat seperti yang dikatakan nabi Yesaya mendapat hukuman (Matius 25:31-46). Mari kita belajar merayakan perayaan Krismas tidak bergelumbang dengan dosa. Krismas memerlukan kita tidak bergelumbang dengan dosa. Damai sejahtera di hati kita. Merry Christmas. ✝ emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 24.12.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment