Amsal 31:16-18 (AVB) Setelah menimbangkan sewajar-wajarnya, dibelinya sebuah ladang, dan daripada hasil tangannya ditanaminya kebun anggur. Dia mengikat pinggangnya dengan kekuatan, dan menguatkan lengannya. Dia tahu bahawa usahanya menguntungkan; pada malam hari pelitanya tidak padam. Kopivosihan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Dibelinya sebuah ladang" Amsal mungkin melihat sendiri atau sedang bercakap tentang diri sendiri bahawa dia seorang perempuan yang rajin malahan membeli sebuah ladang kemudian ditanam anggur. Jarang kita lihat atau dengar seorang perempuan membeli sebuah ladang dalam konteks masyarakat kita malahan orang lelaki sendiri pun tidak ramai. Tuhan Yesus ketika mengajar menggunakan tanah sebagai bahan mengajar supaya pendengar mudah memahami seperti perumpamaan biji benih yang jatuh di tanah yang baik menghasilkan buah yang banyak (Markus 4:8 TB). Mari kita belajar bahawa dibelinya sebuah ladang sesuatu kejayaan. Krismas memerlukan sebuah ladang pelayanan. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 3.12.2023.

Comments

Popular Posts