Pengkhutbah 3:12-13 (AVB) Aku tahu bahawa tiada yang lebih baik bagi manusia daripada bersukacita dan berbuat baik dalam kehidupan mereka.
Juga, hakikat bahawa setiap orang dapat makan, minum dan menikmati kesenangan dalam segala usahanya dengan berjerih payah. Itu pun pemberian Allah.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Menikmati kesenangan" Pengkhutbah meneruskan khutbah dengan mengatakan bahawa tiada yang lebih baik manusia dapat buat dalam hidupnya yang singkat selain menikmati kesenangan yang ada sebab waktu senang bukan selamanya, waktu kesusahan datang dan maut pun tiba. Tuhan Yesus juga mengajar menjalani hidup setiap hari tanpa khuatir dan tidak menambah kesusahan hari esok (Matius 6:34). Mari kita belajar bahawa menikmati kesenangan selagi mampu berbuat demikian. Krismas memerlukan kita menikmati dengan kesenangan. Damai sejahtera menaungi kita. Merry Christmas. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 6.12.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment