Yesaya 2:4 (AVB) Dia akan menjadi hakim antara bangsa-bangsa dan akan memutuskan perkara bagi banyak suku bangsa. Mereka akan menempa pedang mereka menjadi mata bajak, dan tombak mereka menjadi pisau pemangkas. Bangsa tidak akan lagi mengangkat pedang terhadap bangsa, dan mereka tidak akan lagi belajar berperang. Kopivosihan dan selamat menyambut Krismas. Hari ini saya berkongsi tentang "Tidak akan lagi belajar berperang" Nubuatan nabi Yesaya pada suatu hari nanti ada keamanan manusia tidak akan lagi belajar berperang, buat masa sekarang belum lagi digenapi orang awam pun belajar berperang sebab mahu mempertahankan diri dari serangan musuh. Tuhan mengajar supaya mengasihi orang lain seperti diri sendiri (Matius 19:19) jauh sekali mengajar berperang. Mari kita belajar tidak akan lagi belajar berperang. Krismas memerlukan kita berhenti berperang. Damai sejahtera di hati kita. Merry Christmas. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 25.12.2023.

Comments

Popular Posts