Nehemia 9:1-2 (AVB) Pada hari kedua puluh empat dalam bulan itu juga orang Israel berkumpul dan berpuasa dengan memakai kain perkabungan serta meletakkan tanah di atas kepala. Orang Israel yang sejati mengasingkan diri daripada semua orang asing lalu berdiri mengakui dosa mereka dan kesalahan nenek moyang mereka. Kopivosihan dan selamat merayakan hari kebangkitan Tuhan Yesus. Hari ini saya berkongsi tentang "Berkumpul dan berpuasa" Rakyat yang telah mendengar pembacaan kitab Taurat itu sangat sedih kerana sedar dosa yang mereka telah lakukan. Berkumpul dan berpuasalah mereka merendahkan diri di hadapan TUHAN. Tuhan Yesus mengajar kita supaya merendahkan diri di hadapan TUHAN seperti ibarat doa seorang pemungut cukai yang berdosa berbanding doa seorang Farisi (Lukas 18:9-17). Mari kita bertekad supaya seperti rakyat yang kembali dari pembuangan berkumpul dan berpuasa merendahkan diri di hadapan TUHAN. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 9.4.2023.

Comments

Popular Posts