Ester 5:1-2 (AVB) Maka pada hari ketiga, Ester mengenakan pakaian diraja lalu berdiri di laman dalam istana raja, tepat di hadapan istana raja. Raja sedang bersemayam di atas takhta kerajaan, di dalam istana, berhadapan dengan pintu gerbang istana.
Apabila raja terlihat bahawa Ratu Ester berdiri di laman dalam, baginda perkenankannya lalu menghulurkan cokmar emas di tangannya kepada Ester. Ester pun mendekati lalu menyentuh hujung cokmar itu.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Menghadap raja" Seperti yang dijanjikan oleh ratu Ester dia akan menghadap raja Ahasyweros pada hari ketiga selepas berpuasa tiga hari tiga malam tanpa makan dan minum. Raja memperkenan ratu menghadap, walaupun tidak diundang, malahan raja berjanji sekali pun separuh daripada kerajaan diberikan kalau itu permintaan sang ratu. Tuhan Yesus mengajar kita supaya berdoa dan memohon kepada-Nya, pasti Dia akan memberi jawapan (Matius 7:7). Mari kita bertekad menghadap raja iaitu Tuhan Yesus melalui doa untuk menyampaikan permohonan. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 18.4.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment